Semasa entri ini ditaip, lagu balada English sedang berkumandang dari salah satu blog sahabat blogger. X tau tajuknya or even penyanyinya. FA suka.. paling penting. Betul2 membawa FA menerawang mengenang kisah lalu.
[Flash back]
"Kau perlu lompat macam ni baru ngam. Lompatan kau tadi tu macam tangkap katak". Maka aku pun mempraktikkan teknik2 yang diajar oleh guruku. Berulang kali. Aku berjaya merangkul johan lompat tinggi.
"Jawab Maths bukan macam jawab karangan BM. Hafal sifir baru boleh score. Rajin2 buat latihan. Faham? Hah tegur sikit menangis ". Malu? Ya..sangat malu namun aku bukan semudah itu mengalah. Maka aku mengorbankan sedikit waktu semasa berada di sawah untuk menghafal sifir. Setitis peluhku bagai sebutir harapan bagiku yang serba kekurangan. UPSR aku score A maths. Guruku senyum dalam linangan air mata.
"Intonasi mesti betul. Jangan teriak macam mau minta tolong pula. Gaya jangan over. kasi ngam2 saja." Aku angguk mengiyakan. Setiap hati cermin menjadi teman sejati. Sekali lagi aku menang pertandingan sajak itu.
[Flash back tamat]
Banyak sekali peristiwa yang singgah dan berlabuh di persisiran hidup FA kan. Sebagai manusia, kita tidak lari dari membuat pilihan. FA pun tidak terkecuali.