**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Monday, August 1, 2011

Pembedahan Perdana Menteri Malaysia

Hi kawan2... sihat?
FA mcm ni la sihat sngat pun x. Nti FA cerita why k...hehhehe...
Well, lama sangat FA x jenguk blog ni la... rasa rindu mmg sentiasa ada but keadaan x mengizinkan FA untuk post anything here...
So, sorry for that k my dearies...

Anyways, jom layan dulu berita ni k....

KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok.


Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas, semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata, pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. – Bernama

p/s:

Fuh da lama x share anything here rasa pelik pun ada lagi ni...hehehh

No comments: