Ni satu lagi berita yang menunjukkan situasi Malang Tidak Berbau...
Kemalangan jalan raya lagi.
Whatever you do be careful guys...
Mari baca..
SHAH ALAM 27 Okt. – Tiga wanita warga Nepal yang baru menjejak kaki di Malaysia hari ini tidak sempat memulakan kerja di sebuah kilang membuat sarung tangan di Klang setelah mereka terbunuh dalam kemalangan di Km 4.4, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, dua van syarikat yang membawa 19 pekerja dari Nepal itu dalam perjalanan menuju ke kilang tempat mereka bakal bekerja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), apabila sebuah daripada van itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dan sebuah lori kontena.
Ketua Trafik Daerah Shah Alam, DSP Ruslan Abdullah berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 petang, polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiga wanita sudah tercampak keluar dari van berkenaan.
"Polis mengesahkan ketiga-tiga wanita terbabit mati di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, mayat mereka yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun itu masih belum dikenal pasti identiti mereka lagi.
"Manakala, lima lagi cedera parah termasuk pemandu van itu dan kesemua mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, polis masih menyiasat bagaimana kemalangan itu berlaku. – Bernama.

p/s:
Rasa seram bila teringat kereta wira yang memintas kereta FA secara tiba-tiba pagi tadi.
Mesti da lambat masuk kerja tu... Adei...
4 comments:
eh, kesian juga.
Itulah, kepada semua pengguna jalan raya, tolonglah hati-hati selalu..
tu lah kesian mereka kan ..
ps : lama x jenguk adik di sini .. sihat ??
Hi Fantastic Ajane
Love your blog... santai and banyak info.. bah sia jadi follower setia sudah ni.. hehe.. have a nice day.
Angie
Post a Comment