Wow makin panas!!!!
Macam pisang goreng panasss....
Wahahhahah.....
Wahahhahah.....
Abby kata Norman hutang duit hantaran, Norman pula kata dia tak hutang apa2 dari Abby....
Yang mana satu kenyataan yang betul?
Kita2 kat luar ni langsung xtauhu tahu kan...
Kita2 kat luar ni langsung x
Dorang berdua ja yang tau perkara sebenarnya kan...
Sya pun x mo memihak sapa2 la...
Korang baca sendiri artikel di bawah dan tell me what you guys think of this matter....
Hai...dunia...dunia.. artis...
@@@****@@@*****@@@
'Saya tak hutang Abby'
Oleh Amir Abd Hamid
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, wang berkenaan dipersetujui bersama untuk kos majlis persandingan pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak, di sini, selepas mereka selamat bernikah pada 8 Januari tahun yang sama.
“Kami (merujuk kepada dia dan Abby) sudah belanjakan wang itu atas persetujuan bersama untuk membuat majlis perkahwinan besar. Apabila terjadi perselisihan faham tiba-tiba dah jadi hutang. Kami saja yang tahu masa mula-mula nak kahwin dulu.
Zaman kebahagiaan... |
Ditanya adakah dia akan melayani tuntutan hutang hantaran didakwa bekas isterinya itu, Norman yang kesal, kecewa dan sedih dengan dakwaan berkenaan menyatakan dia tidak berhutang apa-apa pun dengan Abby.
“Keperluan ada dua iaitu material dan kasih sayang. Janganlah segala kasih sayang tak nampak langsung hingga saya seolah-olah kejam, tak pernah memberi sumbangan dan tak berfungsi kepada keluarga.
“Selama ini apa jua kenyataan (Abby), saya cuma tunggu dan lihat sebab nak jaga hubungan baik dengan bekas isteri. Bagaimanapun jika terus tunggu dan lihat, orang akan memperkatakan ia betul walaupun hakikatnya jelas bias (berat sebelah).
Sekarang berbalah lagi ke?? |
Norman berkata, selama ini dia mengandaikan Abby takkan terlalu berkira dengannya kerana dia juga bersikap sama terhadap bekas isterinya itu.
Tiba-tiba, katanya, dia langsung tidak menyangka dan sungguh terkejut apabila membaca laporan semalam apabila Abby meminta dia menjelaskan hutang hantaran kahwin RM11,111.11 yang realitinya sudah dibelanjakan bersama.
Seperkara lagi dikesalkan Norman ialah apabila Abby mengungkit jumlah sen perbelanjaan untuk tiga cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2. “Takkanlah saya nak beritahu secara tepat segala jumlah nafkah anak dalam media. Janganlah jadikan anak-anak umpama perisai dijaja aib merata tempat.
“Benar, perbelanjaan anak ada orang serah duit bulat-bulat kepada isteri. Tetapi saya beri ikut tahap kemampuan dan saya rekodkan supaya ia mencukupi untuk keperluan. Dalam hal ini perlulah lebih fleksibel serta bersama tunai tanggungjawab.
“Selepas itu dakwa pula saya tak meluangkan masa untuk anak umpama saya macam dah meninggal dunia dan tak wujud...padahal saya beraya dengan mereka,” katanya.
Apapun, Norman berkata dia memberikan kenyataan kali ini adalah untuk menjernihkan status bahagian dirinya yang digambarkan seolah-olah sangat kejam, bersifat tidak adil dan tidak bertanggungjawab.
13 comments:
macam2 juga... haha...
inda tau siapa yg betul..
alalla... peduli la diorg tu.. kih3
Dunia artis kn..
Tp syiook laa wyg durg sbgai suami isteri masa rya tu d TV3 "Sabar"..
Valsonz: ya ba... bila baca geram jg... suka sa sma durang ni dulu... duii..
Jyn's: ya la... profesional jg drg dlm 2 kn.. hihi
ya baa. hehehee.
bgs lg nda pyh cerai durg ne.
tp pa ble wat laa..
wah....hebat ni kan....kita tgu dan lihat ja la..hehee
Hahaha, si memey pun ikut juga bagi statement kan? adeh dorang tiga2 ni mulau.
visit here with smile and happiness
bahaya nie jadi artis...
apa cerita pun buli keluar...
ayyoooh, sape btol ne. adesss
kesian norman
pasni nak cari wang hantaran utk memei pulak
kesian2
hi all...sorry x dpt blas comment u all la.. recently line tenet x ok la... hhaahaha...
jyn: ya ba... jodoh la kali nda panjang 2..:)
ellen: ya tunggu & lihat ja... menarik jg ni cerita artis ni... :)
Azura: ya ka? dui x tau pla sa... nti sa cek k..:)
blue: hi blue.. visited u..:)
sumandak: ya ... trus xda privacy kan..sian jg...
yebbit: x tau la yebbit... kita tggu je la kan...hihihi
syahira ariff: hi syah, x tau nk kesian kt sapa da ... :) xpe la norman da pilih jalan dia camtu kn... hihihi
isu semakin panas. panas dari kuali ;D
haiyaaaa, nda tau apa juga cerita sebenarnya kan? kin malu jak bah mo kasi heboh2 ni, eeeee, geli hati sa baca ooo
Post a Comment