FA mugkin agak lambat postkan mengenai Proton Inspira ni. Walau bagaimanapun, sebagai sokongan terhadap brand kereta Malaysia yang pertama ni, FA nak juga share... heheheh...
Soft launching memang lain dari yang lain. Hanya sebahagian parts sahaja yang direvealkan. Pun begitu, sehingga beberapa hari yang lalu, 1100 booking telah diterima dengan bayaran booking sebanyak RM1000.00. Betapa hebat kepercayaan masyarakat terhadap Proton kan.. Tahniah buat insan-insan terpilih yang berpeluang test drive kereta ni. Mesti berbangga sebab berada di antara orang pertama yang memandu Inspira kan... Proton Inspira will be in three models: 1.8 liter manual(bermula dengan harga RM80 000), 1.8 liter CVT dan 2.0 liter CVT(harga RM95 000).