**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Sunday, October 10, 2010

UPSR dikekalkan, PMR dimansuhkan

Fuh macam2 perasaan menyelubungi FA bila baca berita ni. Lega sebab UPSR masih wujud means FA masih boleh membuktikan sejauh mana kemampuan diri dalam mendidik murid-murid Tahun 6. But sedih sebab terasa sebahagian nostalgia dalam perjalanan hidup FA seakan hilang dengan pemansuhan PMR. Terbayang di mata FA, beberapa puluh tahun akan datang di mana anak-anak FA has no idea at all betapa FA pernah berusaha sedaya upaya untuk gred-gred yang tertera dalam sijil PMR FA. Ntah-ntah mereka bahkan berasa hairan dengan kewujudan peperiksaan itu sebelumnya. But anyways, life must go on... FA kena sedar juga la yang zaman pun da berubah..:)
UPSR dikekalkan..
Malangnya, PMR akan dimansuhkan... 
Well, berbalik kepada cerita tentang exam-exam ni, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa UPSR walaupun akan dikekalkan namun masih terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan. Peratus penilaian berubah daripada 100% akademik kepada 60% akademik dan 40%  kokurikulum atau sivik.

PMR pula akan dimansuhkan bermula tahun 2016. Lagi 6 tahun la. Ia akan diganti dengan peperiksaan peringkat sekolah. Ala-ala peperiksaan pertengahan dan hujung tahun macam tu la.. bagaimanpun, Tan sri akan membentangkan keputusan meja bulat kementeriannya ini kepada kabinet kelak.

Lagi cerita penuh klik di [sini]

 p/s:
 Bagi FA..keputusan ini ada pro dan kontranya. Penilaian UPSR yang baru walaupun FA lihat lebih menyenangkan murid namun bila difikirkan, kerja guru2 akan bertambah dan makin berlambak. Pemansuhan PMR pula bagi FA budaya sambil lewa dan x berdaya saing murid akan makin menjadi2 sebab jika dilihat kepada peringkat umur 15 tahun, mereka cenderung ke arah melakukan perkara2 lain.Secara peribadi, FA berasa bahawa PMR sebenarnya membantu mereka lebih fokus. This is purely my opinion k.. xda kaitan dgn sapa2....:) peace...

2 comments:

Asri Alam said...

aku sokong FA yang bab PMR tu. budak2 tak kecut la setakat exam peringkat sekolah ni. dah imun sebab dari darjah 1 ambik exam sekolah.

pemansuhan PMR secara langsung akan mengurangkan kualiti budak umur 15 thn.

bg dorang tanpa PMR=tanpa ulangkaji & review drastik.

aku nak hurai banyak2 ni tapi siap jadi entri baru pulak nanti :)

Fantastic Ajane said...

Sasa: btl..btl... FA risau je kalu gejala x baek makin bertambah sbb semuany bersangkut paut... focus da ke arah lain... hiss.. riasu tul la..:) heheh xpe pjg pun xpe la..:)