**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Tuesday, March 15, 2011

Bila Manusia Tidak Sedar Diri

Petang tadi FA g hantar member ke UITM Seksyen 7. Tengok jam..ah awal lagi..kelas bermula jam 6. So, sempat la melilau cari makan sebab setiap Selasa ada pasar malam just de opposite of the bus terminal. Dah puas hati beli2 makan tu, kitorang pun duduk melabuhkan punggung di salah sebuah restoran berhampiran[x mau sebut nama sebab ada kaitan dengan tajuk di atas]

Kisahnya begini [Real story versi FA Production]. 
Dah order minum, sambil borak2 tu FA sempat observe sekeliling. Mata tertumpu pada  dua orang pekerja restoran, satu senior sikit[FA tahu sbb selalu juga lepak di restoran ni], dan sorang lagi tengok dari gaya pun memang orang kata masih freshie lagi. Bulat mata FA bila melihat adegan yang bagi FA sangat x patut dilakukan. Telinga menangkap suara pekerja senior...

Pekerja senior : Mau keja ka ta mau keja?U pigi sanaa buat cuci itu pinggan la..[Tunjuk buku lima]
Pekerja baru: .....[Diam sambil cuba mengelak ditumbuk]
Pekerja senior: Itu pinggan atas meja u bawa belakang. [Muka bengis semacam]
Pekerja baru:...... [Kelam kabut amik pinggan padahal masa tu tengah lap meja]
Pekerja senior 2: Itu pinggan meja satu lagi u amik dulu la. Huh..[Rampas kain lap sangkut di bahu]
Pekerja baru: ....[Diam lagi, muka blur x tau mana satu mau buat dulu]

Adegan berterusan...

Pekerja senior 1 g bancuh air....
Pekerja baru g basuh pinggan di belakang....[x tau apa berlaku di belakang sebab x nampak]
Pekerja senior 2: Bungkuskan seorang makcik tu satu nasi lemak...

Point FA...

Mana hilangnya rasa hormat sesama manusia? Ingatkan hanya orang2 berada[segelintir sahaja..no offence] sahaja yang berkelakuan begitu. Rupanya manusia2 yang makan gaji macam tu pun ada niat untuk mempersendakan dan memperlekehkan maruah orang lain... Jika dilihat dari segi darjat... sama sahaja... Tiga2 datang dari luar, tiga2 datang ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi. Bagi FA tiada beza... jadi mengapa wujud sikap seperti pekerja2 senior tadi? Adakah mereka sudah besar kepala... rasa diri hebat berbanding orang lain? FA x nafikan bahawa perasaan marah memang wujud di hati... sebab bagi FA siapa pun kita, kita sama2 manusia dan berhak dilayan sama rata. Apa ada dengan harta duniawi?

Sesuatu untuk difikirkan...

Jika dalam taraf begitu pun sudah berkelakuan buruk, apa agaknya akan berlaku jika suatu hari nanti mereka berada di atas[kaya]?

6 comments:

alexayussida said...

hish manusia nih tak penah nk bersyukur kan..sombong sgt,tak kira la ape jwtn kita skalipon tp kenala saling mnghormati...meluatnya ngn org cmtu kan FA..

ieda said...

setuju sgt dgn apa yg FA cakap .. tapi manusia nie x tahu adab dan budi pekerti .. sedih bila dgr .. tu layanan pada yg muda .. ada satu kes remaja main2 kan peminta sedekah di jalan di kl .. lagi sedih .. huhu

Fantastic Ajane said...

@alexa: ha ah la... rasa sedih tengok pekerja baru tu td.. double trouble kena dgn yg senior... dua pula tu. yg satu ntah drpd mana dtg tah...

Fantastic Ajane said...

@ieda: hi kak... rasa sedih bila perkara ni berlaku di negara kita. Patutny remaja tunggak negara ni x.. terpengaruh sgt dgn anasir2 luar...ntah sapa nk disalahkn..

Unknown said...

mmg agak kurang ajar itu..

Fantastic Ajane said...

@shark: blh juga dikatakan begitu.... :(