Nah... lagi warga asing edar dadah di negara kita.
Hukuman yang dijatuhkan..gantung sampai mati.
Kejadian ni berlaku 2 tahun lalu but keputusan baru saja dibuatkan hari ini.
Bila baca pembelaannya, rasanya sudah terlalu biasa kita dengar taktik yang mengatakan ada orang suruh hantar barang ke sesuatu tempat. Semuanya mengatakan x memeriksa terdahulu barang tersebut.
Bila kena cekup baru tau dalam bungkusan ada dadah.
Ok... bila da terlalu banyak sterotaip macam ni, kita jadi x percaya kan...
But anyway, jom kita layan berita ni k...
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang peniaga barangan elektrik warga India selepas didapati bersalah mengedar dadah ketamin seberat 3.9 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dua tahun lalu.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman ke atas Samad Mohamad Sulthan, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan ke atas Samad mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 melampaui keraguan munasabah.
Ketika membacakan keputusannya di akhir kes pembelaan, Siti Mariah berkata, di dalam pembelaannya tertuduh tidak memanggil saksi pendakwaan dan gagal memanggil saksi yang hanya dikenali Jaafar di mahkamah untuk memberikan keterangan atas alasan Jaafar sibuk dengan perniagaannya.
Ketika pembelaan, tertuduh mendakwa mendapat pesanan daripada Jaafar seorang peniaga di Malaysia untuk menghantar barangan dari India ke negara ini.
Bagaimanapun, Samad berkata, ketika di Mumbai dia berjumpa dengan seorang lagi kenalannya, Ismail bagi mendapatkan barangan yang dipesan Jaafar tetapi menurut Ismail barangan yang dikehendaki Jaafar itu tidak ada.
Samad memberitahu Ismail bahawa dia berhasrat membatalkan penerbangannya ke Malaysia kerana barangan pesanan Jaafar tidak ada tetapi diminta Ismail supaya tidak berbuat demikian dan memintanya meneruskan perjalanan ke Malaysia untuk menghantar suatu barangan dengan upah RM500.
Pada 25 Februari 2009, Samad mendakwa berjumpa Ismail di Mumbai dan mengambil barangan dimaksudkan tanpa memeriksanya atas alasan mempercayai Ismail.
Siti Mariah berkata, adalah tidak logik Samad, sebagai seorang ahli perniagaan membeli tiket penerbangan pada 24 Februari 2009 untuk penerbangan keesokan hari tanpa mengetahui barangan yang akan dihantar dan tidak tahu kepada siapa hendak diserahkan.
"Mahkamah berpendapat barangan pesanan Jaafar adalah rekaan semata-mata," katanya.
Alasan lain yang dikemukakan tertuduh adalah rekaan, contohnya menerima cadangan Ismail jika dia membatalkan tiket penerbangan akan kerugian sedangkan Samad boleh menangguhkan penerbangannya.
"OKT (Orang Kena Tuduh) kata dia tidak berpelajaran tinggi dan tidak terfikir hendak periksa kotak barang kemas sedangkan dia mahir dalam perniagaan... tidak logik hantar kotak barang kemas kosong."
Menurut fakta kes dadah ketamin itu ditemui di dalam kotak barang kemas yang ditemui di dalam kotak dibawa Samad di Balai Ketibaan KLIA oleh pegawai Jabatan Kastam.
Pihak pembelaan diwakili V Aravindhaksan dan pendakwaan dilakukan Gan Peng Khim daripada Jabatan Kastam. - BERNAMA
p/s:
Kalau mau hidup tenang buat la kerja yang baik2...
4 comments:
Adui hukuman gantung sampai mati ka... Can't imagine his feelings. Mesti menyesal sangat-sangat tu. Bahaya ba ni dadah ni. Ada fight dengan jenayah membunuh kan.
tndakan yg bagus!!!
kena berhati2 ni bila bawa sesuatu kan sis..tali gantung tu..bukan alang2...
sentiasa berhati hati kerana penjerat sentiasa akan mengambil kesempatan.pesalah dadah semakin terlampau hinggakan setiap bulan terdapat sehingga 5 kes dengan jumlah berkilo kilo....fuh melampau....
Post a Comment