Aduss.. terkejut dengan berita ni tadi...
Betul atau x?
Kes ni da disiasat sejak 2006. Da lima tahun berlalu....
Penahanan dilakukan di Teluk Guantanamo.
Boleh pula rakyat Malaysia yang masih kira aman ni bermain2 dengan pengganas di overseas tu.
Haizzz..macam2...
KOTA BHARU 28 April - Dua rakyat Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo sejak 2006 akan didakwa selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas.
Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul Wayne Jones, berkata, Washington masih belum membuat keputusan sama ada mendakwa mereka di mahkamah tradisional atau tribunal tentera, yang mana sering digunapakai dalam situasi ketika perang.
Jones yang mengadakan lawatan dua hari ke Kelantan, bagaimanapun, berkata tiada kemungkinan mereka akan dihantar balik ke Malaysia untuk didakwa di negara ini.
Beliau berkata, proses pendakwaan akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Mereka adalah Mohamad Nazir Lep atau dikenali sebagai Bashir Lap atau Lilie dan Mohd Farik Amin yang dikenali sebagai Yazid Zubair.
Kedua-dua mereka didakwa mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda serta pertubuhan militan Asia Tenggara, Jemaah Islamiyah. - Bernama
p/s:
Ini la akibat kalau bertindak mengikut perasaan...
Pastu x mensyukurinikmat yang ada...
apa sebenarnya yang kau mau prove tu?
2 comments:
rakyat Malaysia bukan pengganas..hurm...
Nda sangka kan sis...kita tak boleh tengok luaran ja actly ni sa rasa...kena tgk yang lain2 juga..opss..apakah sa cakap ni..hahaa
Post a Comment