**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Shahrir Buat Suntikan Pada Bibir

Hah..biar betul. Rasanya da lawa da bibir dia kan..toing3x.. hampir ter'18SX' pula.
Bahaya ni silap2 kena ban blogging.
Well,back to the story....
Kecoh kan pasal Shahrir baru2 ni? Baru reda gossip dengan Rozita Che Wan, timbul isu baru pula.
Apa la orang x mau ditangkap gambar pun kecoh ka... Siap boleh buat spekulasi Shahrir ni x mau kena amik gambar sebab bibir bengkak dek suntikan..tut..tut..tut..pandai2 la kamu pikir aaa... Fitnah x mau. hehheh...
Cuba baca ni...

...  ada yang mempertikaikan kesahihan cerita alahan itu dan mendakwa bengkak di bibirnya itu disebabkan Shahir mengambil suntikan untuk mencantikkan lagi bibirnya.
Sewaktu dihubungi Hip baru-baru ini, Shahir yang baru saja mendapatkan rawatan gigi di sebuah klinik hanya mampu tergelak sebaik saja ditanya mengenai perkara itu.

Menurut Shahir ini, kesan bengkak di muka dan bibirnya itu memang disebabkan alahan terhadap solekan. Bengkak itu akan timbul terutama apabila dia terpaksa mengenakan mekap dalam tempoh agak lama dan perkara itu tiada kaitan dengan suntikan yang dilakukan untuk mencantikkan bibirnya seperti yang didakwa.

Haaa.. yang empunya badan da menjelaskan. Kita bersangka positif lagi baik dari tuduh2 orang kan. Macam la xda kerja lain lagi mau buat...

Ikuti temu bual Shahrir dengan wartawan Hip...

Hip:Boleh Shahir jelaskan apa sebenarnya yang berlaku sewaktu sidang media filem Karak tempoh hari?

Shahir: Shahir mengaku memang menolak permintaan jurugambar untuk merakamkan foto kerana tak selesa dengan keadaan wajah dan bibir pada masa itu. Pada waktu itu, Shahir memang mengalami alahan yang agak teruk. Kulit memang sensitif terutama apabila mengenakan solekan dalam tempoh lama. Selalunya, kalau ada persembahan, selepas selesai menyanyi, Shahir mencuci solekan itu dengan segera. Tapi perkara itu berlaku sewaktu acara Anugerah Bintang Popular apabila Shahir terpaksa mengenakan solekan dalam tempoh lama. Disebabkan itulah wajah dan bibir Shahir bengkak. Menyedari keadaan diri Shahir yang tidak begitu selesa dalam keadaan demikian, Shahir meminta dengan cara baik supaya foto Shahir tidak dirakamkan jurugambar sambil menyatakan alasan sebenar. Tak sangka pula selepas itu pelbagai cerita pula timbul.

Hip: Kalau sudah tahu muka dan bibir bengkak, kenapa Shahir datang juga ke majlis itu?

Shahir: Memang pada awalnya, terlintas di fikiran untuk tidak menghadiri acara itu. Namun tidak mahu disalah anggap dan dituduh mula lupa diri memandangkan Shahir baru saja memenangi anugerah kategori artis baru lelaki popular. Jadi, Shahir gagahkan juga untuk datang ke majlis itu. Bila Shahir datang, lain pula cerita yang timbul. Memang serba salah jadinya. Tapi Shahir tak kisah kerana tahu bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang.

Hip: Ada yang pertikaikan kesan bengkak di bibir. Kononnya Shahir menjalani rawatan suntikan mencantikkan lagi bibir...

Shahir: Apabila baca gosip itu, Shahir rasa lucu pula. Pada awalnya, malas nak ambil berat pasal cerita suntikan itu kerana Shahir anggap wartawan yang menulis itu sengaja mahu mengusik Shahir. Tapi apabila ada peminat menganggap perkara itu serius dan meminta Shahir menghentikan perbuatan tidak berfaedah itu, Shahir sudah mula rasa tidak sedap hati. Mereka beriya-iya menasihatkan Shahir supaya tidak membuat sebarang perubahan terhadap kurniaan tuhan itu walaupun pada hakikatnya perkara itu tidak pernah berlaku. Apabila ramai peminat mula mempercayai cerita sebegini, ia sudah menjadi satu fitnah. Sekarang ini Shahir sedang menunggu apakah tindakan selanjutnya si penyebar fitnah itu. Adakah dia mahu berdiam diri ataupun datang bertemu saya untuk memohon maaf atas tindakannya itu.

Hip: Sejak mula menjadi artis hinggalah sekarang, Shahir tak pernah surut dari dilanda gosip panas. Apakah itu sebenarnya adalah badi yang sering menimpa juara Akademi Fantasia?

Shahir: Shahir cuma nak ucap terima kasih pada mereka yang menulis gosip itu kerana memberikan promosi percuma pada Shahir. Sebelum ini apabila cerita Shahir tak banyak keluar surat khabar atau majalah, orang ramai bertanya kenapa Shahir berdiam diri. Tapi apabila terlalu banyak gosip mengenai Shahir disiarkan, orang pula jemu membacanya. Apapun, rasa biarlah orang nak tulis apapun pasal Shahir. Seperti yang Shahir katakan tadi, ia juga satu publisiti buat Shahir.

Hip: Ada peminat tak puas hati Shahir tak menang Bintang Paling Popular. Malah mereka sanggup menyuruh penganjur membuat kiraan semula. Komen Shahir?

Shahir: Shahir faham perasaan peminat yang begitu mengharapkan kemenangan Shahir. Mereka memang sanggup bersusah payah bagi memastikan kemenangan Shahir dan Shahir bersyukur kerana dikurniakan peminat seperti itu. Andai malam itu Shahir tak membawa sebarang kemenangan pun, Shahir tak kisah kerana Shahir tahu mereka memang sentiasa menyokong kerjaya seni Shahir. Berada di kedudukan kedua selepas Shaheizy Sam juga Shahir sudah puas hati. Soal kiraan semula, Shahir rasa tak perlulah kerana jumlah undian kami juga dibezakan hampir separuh. Lainlah kalau jarak undian satu atau dua undi.
Sumber: BH

p/s:
Puas hati? FA pun x la fanatik Shahir tapi x la pula x suka. In the middle... bagi FA suara ok cukup la... but sangat x berkenan dengan sikap beberapa individu yang suka cakap perkara kosong yang x tau lagi hujung pangkal... X baik la... 

10 comments:

LennMommaChubby said...

Sy sgt meminati Syahir walaupun Syahir tak meminati sy.. ^___^
Jgn la buat tuduhan yang bukan2 kalo tak ada bukti.. Teda faedah bah juga tu... huhu

echaRierie said...

alala..alahan pula dia kn?
btw..pdn jgk sm si rozita tu..
hehe~

beaty said...

aik begini pun ada ka Fa..gosip memang gosip

Fantastic Ajane said...

@LennMommaChubby: ya ba kan.. xperlu la fitnah2..jan risau sis..ok da tu nda lama... hehehe

Fantastic Ajane said...

@echarierie: ya sian kan..:) s pun ok ja tu kalu sama rozita.. tp dia mo kawin da kan..:)

Puan Kutu said...

EMM TAK MINAT SGT PUN SHAHIR NIE,KLU NK BUAT APA BIO DIE LA.KEHKEH..

CIK TOM said...

owh shahir..xminat pula...

Fantastic Ajane said...

@PuanKutu: heheheh... FA suka dgr suara dia ni..

Fantastic Ajane said...

@CikTom: hehehe... x minat pun x pe cik tom..heheheh lain org lain taste kn kn kn...:)

Ellen said...

Ellen pun kurang minat ngan dia ni sis..tapi lagu2 dia syok plak kan..hehehe