**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Friday, April 22, 2011

Tiket Percuma MAS Untuk Pelajar Dan Guru Cemerlang

Wow... nice.. nice...
Baca berita di Utusan sebentar tadi.
Ini sudah cukup baik.
Siapa mau bagi tiket penerbangan FREE suka2 macam tu kan.
But of course mesti la ada syaratnya.
Semua pelajar atau guru cemerlang yang berjaya meningkatkan pencapaian sekolah menerusi projek PINTAR MAS layak untuk menikmati insentif ini.
Destinasi? Asia Tenggara yang terpilih.
Sumber: Utusan

Projek Pintar MAS tu apa pula?

Sila layan info ni k.... Kita flash back kejap..
JERANTUT: Malaysian Airline System Bhd (MAS) akan terus memberikan komitmen bagi membantu sekolah-sekolah di negara ini dalam meningkatkan pencapaian akademik menerusi Projek Pintar MAS.

Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid berkata, Projek Pintar MAS adalah antara usaha MAS untuk mengurangkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam masyarakat selaras dengan pembangunan modal insan.

"Sebanyak 19 sekolah di seluruh negara terbabit
dalam program itu bagi membantu Kementerian Pelajaran menjayakan kokurikulum standard sekolah rendah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pintar MAS di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya di sini, hari ini.
Munir berkata, MAS juga sedang berusaha menyediakan program berbentuk "Rakan Radio" di sekolah-sekolah yang memberi penekanan terhadap sebutan bahasa Inggeris yang betul.

"Program itu akan dibuat dalam bentuk yang menarik dan diharap dapat menarik minat murid sekolah untuk meningkatkan bahasa Inggeris masing-masing," katanya.

Sekolah yang dipilih di bawah projek itu akan dijadikan sekolah angkat MAS selama empat tahun.

MAS memulakan Projek Pintar MAS pada 2007 di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
"Melalui porgram ini MAS akan memberi motivasi kepada pelajar di samping mengukuhkan jati diri agar mereka tidak terbabit dalam gejala tidak sihat," kata Munir.

Beliau berkata, MAS juga akan menyediakan klinik dan seminar peperiksaan, kursus kerja serta lawatan sambil belajar kepada murid yang akan mengambil peperiksaan.

Syarikat itu juga menawarkan tiket penerbangan percuma ke destinasi di Asia Tenggara sebagai insentif kepada pelajar dan guru yang cemerlang.

"Sebagai sebuah syarikat korporat, kami tetap memberi sumbangan bermakna untuk meningkatkan taraf pendidikan genersi muda di negara ini," katanya. - BERNAMA

p/s:
We really need this kind of organisation to support education.
Two thumbs up!

1 comment:

Black_roses92 said...

hua..bestnye!! xpyh kuar duit.. untung2.. :)