**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Thursday, April 14, 2011

Boleh Pula Salah Culik

Rasa funny bila baca berita sebentar tadi. 
Samseng... hmmm.. samseng pada bayangan FA adalah orang2 ganas yang mata merah menyala, bertatu, muka bengis. Haaaa... profil seorang samseng bagi FA la. 
Kamu sudah baca berita tu?

Nampaknya nasib menyebelahi ahli perniagaan tersebut bila samseng2 itu melepaskan beliau hidup2 dan dalam keadaan yang cukup anggota badan. Syukur la nak..

KUALA LUMPUR: Salah mangsa. Itulah yang terjadi kepada seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang diculik oleh satu kumpulan ketika berurus niaga di Guangzhou, China, 5 Mac lepas.

Lelaki berumur 34 tahun itu dibebaskan lima hari lepas apabila kumpulan itu menyedari dia bukanlah orang yang mereka cari.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa lelaki itu pergi ke China pada 5 Mac untuk
urusan perniagaan dan selepas itu gagal dihubungi.

"Pada 25 Mac, ahli keluarganya menerima panggilan telefon dari kumpulan tersebut yang meminta wang sebanyak RM100,000 untuk membebaskannya kerana mangsa dikatakan telah menipu kumpulan itu," katanya.

Ahli keluarga lelaki itu kemudian datang ke pejabat Chong di sini untuk membuat aduan dan selepas aduan itu disiarkan akhbar, kumpulan itu menyedari lelaki itu bukanlah orang yang mereka cari lalu membebaskannya. - Bernama

p/s:
Samseng2 pun ada hati perut juga rupanya. Macam2...

2 comments:

Anisayu said...

Artkel yang bagus....

Ellen said...

Astaga..ada juga begitu plak..kesian plak yang kena culik tu kan...hehe