Hurmmm... baca berita just now. Layan dulu k...
Pas baca baru cerita...
KUALA LUMPUR 11 April – Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa nota ”selamat tinggal” yang dijumpai dalam beg sandang Beng Hock berkemungkinan merupakan hasil tulisan tangan setiausaha politik Exco Selangor itu.
Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong berkata, pengesahan itu dibuat dengan membandingkan nota itu dengan tulisan tangan dan tandatangan Beng Hock yang diambil oleh penyiasat bebas, Michael Leslie Squires dari pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Kong Yong berkata, dokumen itu kemudian diserahkan oleh Leslie kepada beliau pada Mac lalu di Jabatan Kimia Petaling Jaya dan mendapati tulisan tangan Beng Hock adalah sama dengan nota itu.
Kong Yong, yang sebelum ini pernah memberi keterangan dalam inkues Beng Hock di Mahkamah Shah Alam, mengesahkan sebahagian tulisan bahasa Malaysia pada nota yang ditemui dalam beg sandang Beng Hock dan tulisan di buku notanya dimiliki orang yang sama.
Beng Hock, 30, setiausaha politik Ean, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. – Bernama
p/s:
Hurmmm.. Teoh Beng Hock a Chinese.
Farewell notes to.. of course family, in Bahasa Melayu.
Oh ok... macam lain tapi kita tunggu keputusan kes ni.
Lama sangat da tapi xda juga kesudahan...
6 comments:
Lama juga kes ni selesai kan...
@va va voom: ya ba.. punya la panat tunggu..:) bejanggut ja nda..heheh
Semuanya mainan politik. yang jadi mangsa SPRM dan mahkamah. Banyak lagi cerita sebenar yang tak keluar paper.
astaga..hmm..kita tunggu ja la kan sis..macam 2 ja ni...
@Sabahan Bloggers Club: tu la ba tu... ada jugala something fishy kan..:)
@ellen: hi sis..ya la kita tunggu ja pa result dia.. mcm kana buat2 pula kn..:)
Post a Comment