**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Sunday, April 10, 2011

Gempa Bumi: Malaysia Seterusnya?

Touch wood. Ish x terbayang di fikiran jika betul perkara tu berlaku. Melihat kesengsaraan rakyat di Jepun pun FA x sanggup. Inikan pulaMalaysia... 
Sebelum tu mari layan gambar2 di bawah. Kesan gempa bumi di Jepun kepada California.











Photos credit to ritemail

Berita hari ini....

Malaysia mula berisiko kesan perubahan cuaca

PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.

Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil.
Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh.

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.

“Walaupun Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga 9 magnitud seperti Jepun baru-baru ini, namun kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam lebih dahsyat,” katanya selepas Konvensyen Kejuruteraan dan Teknologi Kebangsaan 2011 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Tenaga), Badaruddin Mahyuddin di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Abdullah, berkata secara profesionalnya beliau berpendapat kebanyakan bangunan tinggi di Malaysia tidak mempunyai ketahanan atau mengalami kerosakan teruk dan runtuh sekiranya negara dilanda gempa bumi berskala sederhana.
Katanya, kebanyakan bangunan di Malaysia tidak direka bentuk untuk menahan gegaran akibat gempa bumi, aliran air deras berikutan tsunami dan angin kencang.

Abang Abdullah berkata, pihaknya akan memangggil pakar luar negara termasuk dari Jepun dan Filipina bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai kaedah terbaik menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar menerusi Simposium Kejuruteraan dan Teknologi Serantau (RSET) yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, pada November depan.

Dalam perkembangan lain, Abang Abdullah berkata simposium itu juga akan membincangkan mengenai pelbagai isu lain termasuk soal penyelidikan dan garis panduan pembangunan teknologi hijau, sumber tenaga alternatif serta teknologi nuklear.

p/s:
Tidak salah rasanya jika kita mula mengambil langkah berjaga2...
Lord have mercy on us...

No comments: