**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Friday, April 22, 2011

Jurusolek Dipenjara Kerana Rasuah

Rasuah..rasuah..rasuah.. x abis2.
Masa sekolah dulu x belajar integriti ka?
Tenteram ka hidup jika makan benda2 dari hasil rasuah ni...
Fikirkan sendiri..

Baca selanjutnya...
PETALING JAYA: Seorang jurusolek hari ini dipenjara 18 bulan dan didenda RM500,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM50,000 daripada seorang wanita kononnya bagi pihak seorang pegawai kanan polis Selangor.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membuat keputusan itu terhadap Ong Lai Fong atau Nur Hidayah Jasmin Abdullah, 38, dari Shah Alam.

"Selepas meneliti segala keterangan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan, mahkamah mendapati tertuduh bersalah seperti pertuduhan," kata hakim Balqis Aini.

Bagi tuduhan pertama,
Ong dikenakan hukuman penjara 18 bulan dan didenda RM250,000 kerana kesalahan meminta RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan, Yeow Wai Yee yang kononnya bagi pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ketika itu, SAC II Abu Bakar Mustaffa, sebagai dorongan bagi membebaskan suami Yeow, Chung Siew Ling, yang ditahan dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Bagi tuduhan kedua, Ong turut dikenakan penjara 18 bulan dan denda RM250,000 kerana kesalahan menerima RM50,000 daripada Yeow bagi tujuan sama di sebuah restoran makanan segera di Bandar One Utama di sini pada 7 dan 10 Jun 2004.

Sumber: myMetro

p/s:
Lebih rela x makan dari makan dari hasil penipuan..

1 comment:

beaty said...

mcm2 pula ni kan sekarang