**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Thursday, April 7, 2011

Pengalaman lalu: Sejauh Mana Mengajar Kita

Semasa entri ini ditaip, lagu balada English sedang berkumandang dari salah satu blog sahabat blogger. X tau tajuknya or even penyanyinya. FA suka.. paling penting. Betul2 membawa FA menerawang mengenang kisah lalu.

[Flash back]
"Kau perlu lompat macam ni baru ngam. Lompatan kau tadi tu macam tangkap katak". Maka aku pun mempraktikkan teknik2 yang diajar oleh guruku. Berulang kali. Aku berjaya merangkul johan lompat tinggi. 

"Jawab Maths bukan macam jawab karangan BM. Hafal sifir baru boleh score. Rajin2 buat latihan. Faham? Hah tegur sikit menangis ". Malu? Ya..sangat malu namun aku bukan semudah itu mengalah. Maka aku mengorbankan sedikit waktu semasa berada di sawah untuk menghafal sifir. Setitis peluhku bagai sebutir harapan bagiku yang serba kekurangan. UPSR aku score A maths. Guruku senyum dalam linangan air mata.

"Intonasi mesti betul. Jangan teriak macam mau minta tolong pula. Gaya jangan over. kasi ngam2 saja." Aku angguk mengiyakan. Setiap hati cermin menjadi teman sejati. Sekali lagi aku menang pertandingan sajak itu.  
[Flash back tamat]

Banyak sekali peristiwa yang singgah dan berlabuh di persisiran hidup FA kan. Sebagai manusia, kita tidak lari dari membuat pilihan. FA pun tidak terkecuali. 

Memilih jalan betul menjadikan kita bijak dan dihormati.. Dan menjadi tanggungjawab kita pula untuk menerima segala risiko atau akibat dari pilihan yang telah kita buat. Namun, sebagai manusia juga kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukan sekali tapi berkali-kali. Terpulang pada diri masing2 untuk bangun dan terus mengejar yang tercicir itu. 

Bila diimbas kembali. FA yang wujud pada masa kini, semuanya hasil dari pengalaman2 masa lampau. FA yang x mudah putus asa, FA yang mementingkan ketepatan masa, FA yang mementingkan hasil kerja yang terbaik... semuanya dizahirkan dari pengalaman masa lalu... Betul la kata orang, pengalaman adalag guru yang terbaik...

Begitu la pengalaman mengajar FA untuk menjadi diri FA sekarang, Anda bagaimana? 

p/s:
You don't have to make mistake to learn something from it... take others so that you don't waste your time regretting. 

7 comments:

Just said...

i like the quote!

CIK TOM said...

wah byknye flash back blk..huhu...hi FA sayam ;)

Cik Su Life Cycle said...

wah tahniah menang

Fantastic Ajane said...

@Just: love it too dear..:)

Fantastic Ajane said...

@cik Tom: hii cik tom..lama x dgr kabar la.. sllau singgah blog tp cik tom dlm mod dorman pula.. hehhehe rindu cik tom..:)

AngeL BeaR said...

nice post. between, I'm returning the visit. =)

Fantastic Ajane said...

@Cik Su Life Cycle: hi cik su..tq folo blog FA k..:) keep in touch..:)