**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Wednesday, April 20, 2011

Pelajar Lelaki Mencabul Tidak Hirau Rakan Sekelas

Macam mau luruh jantung FA bila tau berita ni dari kawan2 di sekolah pagi tadi.
Inikah harga sebuah kemajuan?
Jika nilai dan harga diri semakin hilang ditelan globalisasi..
Apa lagi yang tinggal untuk dihadiahkan kepada generasi kita yang seterusnya?

Baru 15 dan 16 tahun, perangai apakah yang ditunjukkan itu?
Begini la rupa dan kelakuan bakal pemimpin negara?
Atau setidak2nya pendokong aspirasi negara?
Arau... bukan la kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.
Habis di ceruk mana lagi akan muncul pemimpin pejuang negara kalau macam ni...
FA rasa mau nangis... sungguh...

Balik terus buka news.
Sila la baca kawan2...
FA seperti terbayang bagaimana perasaan pelajar perempuan itu bila maruahnya diperkotak-katikkan...

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.


Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: myMetro

p/s:
Let's just hope Malaysia x terkubur dek kerana sikap dan perangai rakyat kita sendiri.

16 comments:

alexayussida said...

eee bahayanya bdak2 skrg nih..,

Mun said...

budak2 zmn skang terlebih berani..

hafizulhakim said...

ish.teruk ngt aih.

Fantastic Ajane said...

@alexa:hi dear lama x c u around la..:0 ha ah. FA takut tul la..

Fantastic Ajane said...

@ C.M.A @ CikMoonAdnan: ha ah cik monn..tersangat2 la berani.. x gentar dgn denda da...

Fantastic Ajane said...

@ hqfizulhqkim: teruk kan.. x dpt Fa bayangkan apa jadi dalam beberapa tahun akan dtg...

Anonymous said...

bahaya betul budak2 zaman sekarang ni.

Uzoeiy @ Zoi said...

mana kawan2 kelas yg lain tidak melaporkan kejadian tu a? adakah bersubahat sama? eee..x tau la mau kata apa..

Unknown said...

huu seram baca...cikgu diorang mana tah..kwn2 lain pun takde yg nak tlg ka

naem glizzy said...

teruknye.. ni sebab skrg senang sgt nak tgk cite blue la kot kan? terpengaruh. hmm..

Fantastic Ajane said...

@GematriA™: ya ba.. bikin takut kan...

Fantastic Ajane said...

@ Uzoeiy @ Zoi: hi zoi..ntah la ..heran juga xda sorang pun yg melaporkan.. mungkin bagi durg wayang kali kan..

Fantastic Ajane said...

@ Gnie@SimplyStyle: tu la psal gnie... agakny time rehat or mas cikgu tgh mesyuart..xpasti la pula tu..

Fantastic Ajane said...

@naem glizzy: ha ha gizzly... duni tanpa sempadan kan..semua d hujung jari ja...ish..

Enchik Nine said...

Ayyooo... X tau nk ckp pe... Tapi, habis la anak bangsa kita...

Jom ikot sini!

FD. said...

Bbudak-budak sekarang. --"