**Kepada Followers harap anda boleh meninggalkan link ke blog anda k**
**Ada yang follow tapi FA x dpt terjah balik sebab xda link la...sedihnya..**
****************************************************************
 Orang Sedang Godek2 Blog FA

Followers

Thursday, April 21, 2011

Bayi Melecur Dan Lebam Mati, Lelaki Ditahan

Lagi cerita tentang bayi.
Kisahnya tengah hari tadi, seorang lelaki berbangsa Thailand membawa bayi malang yang berusia setahun 8 bulan ini ke Hospital Ampang.
Namun selepas tiga jam membuat pemeriksaan doktor yang in charge mengesahkan bahawa bayi itu telah meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur pada badan. Sinonim dengan penderaan kan....

Sila baca seterusnya....
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki di Hospital Ampang di sini, dengan kesan melecur dan lebam di badan.

Lelaki berusia 35 tahun yang menetap di Taman Pandan Indah itu dikatakan membawa bayi malang tersebut ke hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata lelaki itu ditahan selepas seorang doktor membuat laporan polis berhubung kematian bayi berusia setahun lapan bulan itu.
"Doktor berkenaan menerima seorang bayi lelaki untuk dirawat pada 12.30 tengah hari tadi dan setelah kira-kira tiga jam membuat pemeriksaan, beliau mendapati bayi tersebut sudah meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan," katanya kepada pemberita.

Amiruddin berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu bukan suami ibu bayi berkenaan yang juga seorang rakyat Thailand berusia 24 tahun dan suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

p/s:
Jika benar la bayi itu mati kerana penderaan...shame on you yang buatmacam tu..
Haiwan lebih berperasaan dari kamu..

6 comments:

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

ada tengok berita tadi tapi tak faham . sekarang baru tau . isk ! kesian baby yang tak berdosa tu ..

http://putrisayangkamu.blogspot.com/

Ilham Liyana said...

heyyo!

Mouren said...

Aduh, lagi-lagi kes macam ni. Dera and then mati...bayi lagi tu.

p/s Suka baca blog ko sbb mesti ko taruh our national update news. Semua-semua cerita lah ko share sama kami, best! (^^)

Teratakindah said...

ish3...jgn la dera kanak2..cian kat mereka...

Ayie said...

hambik.. 302 terus..

fisa othman said...

memang emo jek bila baca berita ni...geram sangat tau..